PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah Smk ______________ khasnya Pengetua Sekolah iaitu Encik _____ dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan _________ kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan_____________ selaku guru Ekonomi saya kerana telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Selain itu, khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa terutamanya dalam menghasilkan kajian ini.
Penghargaan kepada rakan-rakan sekelas saya atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, diucapkan terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual.
Akhir kata, seikhlas tulus terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
Comments
Post a Comment