CONTOH KERJA KURSUS EKONOMI STPM 2018 ( LATAR BELAKANG )


1.0 LATAR BELAKANG 


Berdasarkan buku Oxford Penggal 3, kos  sara  hidup  dan  taraf  hidup  merupakan  dua  perkataan yang  saling  berkait  rapat  antara  satu  sama  lain.  Kos sara  hidup  adalah  kos  yang  terpaksa  ditanggung  oleh isi rumah bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti  makanan,  pakaian  dan  tempat  tinggal  tetapi juga  keperluan-keperluan  lain  untuk  keselesaan  hidup termasuk kos pendidikan dan kos  kenderaan  untuk  kegunaan  harian.  Manakala  taraf hidup  adalah untuk mengukur  perbandingan  di  antara  pendapatan boleh belanja yang diterima oleh seseorang atau keluarga dengan  kos  sara  hidup yang ditanggung.  Sekiranya  pendapatan  berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, maka taraf hidup seseorang dikatakan merosot dan begitu juga sebaliknya. 

Melalui kajian Maktab Koperasi Malaysia Selatan, majoriti pendapatan digunakan  untuk  bayaran  ansuran  seperti perumahan, kenderaan, pendidikan dan pinjaman peribadi. Situasi ini menyebabkan mereka tidak mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan ke atas barangan lain. Secara  teorinya,  semakin  tinggi  kos  sara  hidup semakin kurang kuasa beli pengguna. Peningkatan jumlah pembayaran ini juga dipengaruhi oleh inflasi yang berlaku di sesebuah negara. Inflasi akan mengurangkan pendapatan benar dan keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh  lebih  tinggi  daripada  kadar  kenaikan  pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli mereka dan juga kualiti hidup secara keseluruhan. 

Menurut laporan di Astro Awani, 18 April 2018, menyatakan bahawa isu kos sara hidup merupakan antara isu yang paling diberi perhatian oleh penduduk di Malaysia. Buktinya, hasil kajian oleh Panel Penyelidik Universiti Malaya (UM) mendapati isu kos sara hidup menduduki tangga keempat dalam ranking isu yang paling dibimbangi rakyat Malaysia selain isu gaji, pekerjaan dan pengangguran yang menduduki tempat pertama. Isu kos sara diri yang tinggi di Malaysia telah membebankan dan merisaukan penduduk Malaysia menyebabkan pelbagai kesan kepada penduduk di sesebuah kawasan terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.

Oleh itu, pelbagai langkah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu penduduk dalam mengurangkan masalah kos sara hidup yang tinggi terutamanya di kawasan yang tinggi. Menurut laporan akhbar Berita Harian, 28 Disember 2017 menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan, perumahan dan kemudahan kesihatan mampu milik serta pekerjaan lebih baik untuk kepentingan penduduk. Hal ini telah disuarakan oleh Ketua UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 untuk menggesa kerajaan menghentikan semua kenaikan dan menumpukan usaha memastikan bebanan rakyat dikurangkan secara berkesan menerusi langkah penjimatan yang dibuat. Melalui langkah-langkah tersebut, kos sara hidup yang tinggi penduduk dapat diatasi. 


                                                                                                 (Sumber: Google Maps)                                                                                                                              Peta 1: Kawasan Kajian, Jalan Ketapang

Kawasan Jalan Ketapang ialah sebuah Bandar terletak di Timur Johor Bahru dan dianggap menjadi sebahagian daerah yang tertua di Johor Bahru. Kawasan tersebut terkenal sebagai sebuah emporium yang murah dengan pelbagai barangan elektronik dan barang-barang pengguna pada suatu ketika dahulu. Namun begitu, pada masa kini, kawasan tersebut mengalami pelbagai kemajuan yang semakin berkembang pesat. Pelbagai bangunan, kemudahan serta perkhidmatan yang tersedia untuk kegunaan pengguna. Perkembangan yang pesat di kawasan ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang dialami penduduk yang rata-ratanya mempunyai pendapatan sederhana atau rendah. Oleh itu, penduduk terpaksa menampung kos sara hidup yang tinggi untuk meneruskan kehidupan serta menjalankan aktiviti seharian. 

Comments

Post a Comment