2.0 PERNYATAAN MASALAH
Di Malaysia, kos sara hidup semakin meningkat dan sering kali kita mendengar penduduk terbeban dengan peningkatan kos sara hidup tanpa diikuti dengan peningkatan pendapatan yang berlaku di kalangan penduduk. Negeri Johor adalah sebuah negeri yang sangat membangun dengan pesat menyebabkan semua kos kehidupan seharian penduduk juga semakin meningkat.
Pelbagai langkah yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan serta penduduk sendiri untuk menangani masalah yang dihadapi, Peningkatan kos sara hidup telah membawa beban kepada penduduk kerana kuasa beli penduduk juga berkurangan akibat daripada peningkatan kos sara hidup. Maka langkah berjimat-cermat dalam kalangan penduduk amat penting diamalkan agar dapat menampung kehidupan seharian penduduk terutamanya penduduk yang mendiami kawasan bandar dengan pendapatan yang sederhana ataupun rendah.
Oleh itu, melalui kajian ini, pengkaji akan mengenal pasti komponen utama perbelanjaan bulanan penduduk di kawasan Jalan Ketapang dan mengkaji langkah-langkah mengurangkan kos sara hidup yang meningkat di kawasan Jalan Ketapang
Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat memberikan sedikit gambaran kepada Kementerian Sumber Manusia untuk meningkatkan upah minimun bagi setiap pekerja dalam semua sektor. Hal ini kerana, apabila upah minimun ditingkatkan, pendapatan bulananan pekerja juga turut meningkat. Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia dapat mengurangkan beban masyarakat dalam mengurangkan kos sara hidup yang meningkat.
Selain itu. kajian ini penting dilakukan supaya dapat membantu penduduk di kawasan Jalan Ketapang untuk mengenalpasti komponen perbelanjaan bulanan yang penting dan dapat megurangkan keperluan yang tidak penting. Melalui pelbagai langkah-langkah yang bijak dalam mengatur keperluan keluarga, kos sara hidup penduduk di Jalan Ketapang dapat dikurangkan malah penduduk bebas daripada rasa terbeban dalam menampung keperluan keluarga terutamanya bagi keluarga yang besar. Dengan ini, kos sara hidup bagi penduduk di Jalan Ketapang dapat dikurangkan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNk tgk hasil kajian blh?
ReplyDelete