CONTOH KERJA KURSUS EONOMI STPM 2018 ( ABSTRAK )

Kos Sara Hidup Dalam Kalangan Penduduk Di Kawasan Jalan Ketapang

ABSTRAK
Menurut Dr. Mohamad Fazli Sabri, kos sara hidup merupakan kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk keperluan asas tetapi untuk kegunaan harian. Kos sara hidup merupakan isu keempat yang paling dibimbangi oleh rakyat. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti komponen utama perbelanjaan bulanan penduduk di kawasan Jalan Ketapang dan mengkaji langkah-langkah mengurangkan kos sara hidup yang meningkat di kawasan Jalan Ketapang. Pengkaji telah menggunakan kaedah primer dan kaedah sekunder untuk mendapatkan data dalam menghasilkan kajian ini. Antaranya kaedah yang digunakan pengkaji ialah data primer iaitu kaedah temu bual, dan borang soal selidik. Melalui kaedah temu bual, penyelidik telah menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan kajian untuk mengenalpasti. Selain itu, borang soal selidik telah diedarkan kepada 10 orang responden dalam kalangan penduduk kawasan Jalan Ketapang. Berdasarkan data sekunder pula didapati pengkaji melayari internet, risalah dan buku teks dalam menghasilkan kajian ini. Hasil keseluruhan kajian ini, didapati bahawa penduduk kawasan Jalan Ketapang lebih banyak membelanjakan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk perbelanjaan pinjaman iaitu sebanyak 60% pada kos RM701 keatas manakala bagi perbelanjaan yang paling rendah adalah perbelanjaan bagi komponen pendidikan dan insurans iaitu sebanyak 30% pada kos RM100 ke bawah. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah penduduk dalam mengurangkan masalah kos sara hidup yang tinggi iaitu penduduk yang bersetuju atas langkah-langkah menyenaraikan barang keperluan sebelum membuat pembelian kerana langkah ini dapat membantu mereka untuk berjimat.. Namun, langkah yang paling tidak dipersetujui adalah langkah membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membuat pembelian. Ini kerana kesibukan penduduk menyebabkan penduduk tidak mempunyai masa terluang untuk membandingkan harga barang di tempat-tempat yang lain. 

Comments